Media Coverage

[MalaysiaGazette] ‘Kereta api merentasi zaman’ diiktiraf mural ‘Kereta api terbesar di Malaysia”

SEGAMAT – Mural “Keretapi Merentasi Zaman” di yang dilukis di kedai GSM Chicken Station, dekat sini Segamat diiktiraf sebagai “Mural Keretapi Terbesar di Malaysia” oleh Malaysia Book of Records.

Berukuran 10.4 meter tinggi dan 12.5 meter lebar, mural yang dilukis pada dinding luar kedai tersebut.

Mural “Keretapi Merentasi Zaman” menggambarkan keretapi wap dari tahun 1954 yang bertemu dengan keretapi moden dari tahun 2024 di sudut dinding – mencipta pemandangan unik yang menceritakan perubahan dan perkembangan merentasi zaman.

Konsep mural “Keretapi Merentasi Zaman” adalah inisiatif Ghai Swee Ling, pengasas GSM Chicken Station dan dilukis oleh artis mural terkenal, Tan Jian Siong yang berasal dari Muar.

不久前由交通部长陆兆福亲自揭幕的昔加末《跨时代火车》壁画,创下“全马最大火车壁画”的纪录,正式列入《马来西亚纪录大全》。

Swee Ling berkata, pilihan tema kereta api diilhamkan oleh stesen kereta api bersejarah Segamat, sebuah mercu tanda yang kaya dengan kenangan kolektif bagi penduduk Segamat.

Mural tersebut menampilkan elemen klasik seperti landasan, tuas pertukaran, papan tanda, dan landasan keretapi autentik untuk mencipta suasana stesen keretapi yang realistik.

Tuas pertukaran melambangkan peralihan zaman dan dengan menarik tuas tersebut, ia akan membawa anda dari era keretapi wap tahun 1954 ke era keretapi moden tahun 2024; dari dunia hitam-putih ke dunia berwarna-warni.

Stesen kereta api lama tersebut telah dirobohkan beberapa tahun lalu untuk memberi laluan kepada stesen baharu yang kini sudah beroperasi.

Oleh itu, mural ini bertujuan untuk menghubungkan semula komuniti dengan warisan mereka, menawarkan perjalanan visual melalui sejarah keretapi Segamat.

Swee Ling telah menghabiskan masa beberapa bulan mencari gambar-gambar bersejarah stesen keretapi lama dan akhirnya menemui sebuah gambar yang diambil pada 28 Julai 1954 dari arkib rasmi KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad).

Tahun 2024 menandakan satu titik penting dengan pembukaan stesen keretapi baharu Segamat memberi inspirasi di sebalik penciptaan mural ini.

Majlis penyampaian sijil kepada Swee Ling dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jementah, Ng Kor Sim pada 28 Julai lalu, bertepatan dengan ulang tahun ke-70 gambar stesen kereta api lama tersebut.

Dalam ucapannya, Kor Sim melahirkan kekagumannya terhadap mural tersebut dan menyifatkan mural berkenaan bukan sahaja satu kebanggaan bagi Segamat tetapi juga bukti kerja keras dan kreativiti Swee Ling dan pasukannya.

Swee Ling pula berharap usahanya dapat mencipta satu tarikan pelancongan baharu di Segamat dan seterusnya menghidupkan semula bandar lama melalui budaya dan seni. – MalaysiaGazette

The "Train Across Time" Mural

The Biggest Train Mural in Malaysia

Initiated by GSM Chicken Station and located on the shop’s exterior wall, the “Train Across Time” Mural is a unique artwork that vividly depicts the meeting of a 1954 steam train and a 2024 modern train, symbolizing the passage of time and the evolution of Segamat’s train stations.

This mural is more than just an artwork; its intricate details, including authentic wooden railroad ties and classic train station elements, serve as a catalyst to draw visitors and reconnect locals with Segamat’s rich cultural heritage, celebrating the past while looking forward to the future.

"Train Across Time" Mural by GSM Chicken Station